KOPERASI PERUSAHAAN DAN PERNIAGAAN GURU-GURU BERHAD
Koperasi Perusahaan dan Perniagaan Guru-guru Agama Johor Berhad (KOGAJ) Ditubuhkan pada 1957 dan mula didaftarkan pada 21 Feb 1959 dengan nama Syarikat Berkerjasama Membeli Harta Guru-Guru Agama Johor Utara. Orang yang bertanggungjawab mencadangkan penubuhan ini adalah Allahyarham Penghulu Yahya Bin Abdul Aziz. Oleh kerana beliau sedar akan kepincangan ekomoni yang dialami oleh guru-guru agama khususnya di Muar.
Tujuan penubuhan adalah untuk menghindarkan mereka (guru-guru agama) daripada terjerumus kepada beban dan masalah hutang riba’ dan mengelakkan tanahtanah mereka tergadai. Anggota Lembaga dimasa itu adalah seramai 10 orang termasuklah Tn. Haji Abdul Hamid Bin Ali Hassan dengan keanggotaan seramai 90 orang. Kesemua Anggota Lembaga tersebut telah kembali ke Rahmatullah.
Pada November 1972, nama Syarikat Berkerjasama – Berkerjasama Guru-Guru Agama Johor Utara Kerana Berjimat Cermat Menyimpan Wang Membeli Harta & Perniagaan Dengan Tanggungan Berhad ditukar kepada Syarikat Kerjasama Perusahaan & Perniagaan Guru-Guru Agama Johor Utara Johor Berhad.
Pada 27 September 1978, nama baru Koperasi Perusahaan & Perniagaan Guru-Guru Agama Johor Berhad telah didaftarkan secara rasmi sehingga kini. KOGAJ berjaya untuk menjaga kepentingan anggotanya dan akan terus berusaha untuk memantapkan lagi perkhidmatannya demi menjadikan KOGAJ satu entiti yang dapat menjanakan pendapatan dan seterusnya memberikan manfaat kepada anggotanya.
—————————————————————————————————————————————